*pakej perjalanan ke alam kekal*



Butiran Peribadi
Nama Penuh : Hamba Allah
Nama Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet Bumi,Bima Sakti

BUtiran Perjalanan  : Terbuka kepada semua umat Islam. Anda layak menyertai pakej ini secara percuma.
Bentuk Tempahan : Tetap,pasti,mesti dan tidak boleh diubah.
Balai berlepas : Kehidupan Dunia.
Destinasi dituju : Alam Akhirat.
Waktu berlepas : Bila-bila masa.
Tempoh dan jarak perjalanan : Seketika cuma dan hanya beberapa meter ke dalam perut Bumi.
Pendaftaran/check in : Ketika dan sebaik sahaja nyawa dipisahkan dr jasad.
Muatan yg dibenarkan :
-kain putih yang berukuran 5 meter pnjang.
-kapas putih yang secukupnya.
-muatan yang dipertimbangkan.
-amal soleh.
-sedekah jariah.
-anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.
-lain-lain muatan adalah ditegah dan segala risiko hendaklah ditanggung sendiri.

Sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan akan dibicara dan didenda.

Peringatan perjalanan : Kepada semua penumpang sila ambil perhatian.Anda semua akan merentasi perjalanan dengan meninggalkan semua kehidupan di dunia dan melangkah ke alam baru - alam Akhirat.
Sila perhatikan ketua anda (pilot) / juruterbang yang dikhaskan - Malaikat Maut. Bagi anda yang masih kurang faham, dapatkan maklumat lanjut daripada Al-Quran dan Hadis Rasulullah dan mengikutnya dengan penuh taat. Sebarang masalah dan kemusykilan silalah rujuk kepada para cendikiawan dan alim ulama. 

Pakej perjalanan ini akan tetap menjadi milik anda.Ia pasti akan menjemput anda.Hanya tarikh keramatnya sahaja dirahsiakan.Apa yang pasti anda tidak mampu menolak jemputan itu,walaupun ketika itu anda tidak ada dokumen perjalanan yang sah.Jadi, bersiap sedialah dari sekarang agar bekalan yang dibawa mencukupi dan anda tidak akan kerugian.Dapatkan tiket dan dokumen perjalanan yang sah supaya anda tidak ditahan dimana-mana sekatan dan menjadi pelarian yang hidupnya serba kesusahan,keperitan dan kejerihan.Usah jadi seperti mereka yang tidak mengikut peraturan.Ditahan dan diseksa penuh kesengsaraan.

INGATLAH.....perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti.Atas dasar ingat mengingati,maka hendaklah anda sentiasa berwaspada dan MEMPERSIAPKAN DIRI.Ambillah perhatian yang sewajarnya mengenai pakej perjalanan ini.

FIRMAN ALLAH " Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan Tuhan,maka hendaklah ia mengerjakan amalan yang baik.Jangan mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...