Book Review - Playboy itu suami aku (KK)

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Actually this is the first time aku nak buat review novel yang bukan FIXI. kali ni KAKI NOVEL. kadang-kadang kalo time rasa nak jiwang. nak leleh2 sikit aku cari la novel cintan cintun ni. tapi ak jarang beli novel2 cintun atau kaki novel dan sebagainya. yang ni pon aku pinjam ngan kawan aku je. 

so, macam mn yek nak review novel ni? ada idea ke aku ni? 


penulis mengetengahkan cerita mengenai seorang lelaki yang berpangkat besar kaya raya tetapi memegang title playboy, kasanova Raja Adrian. Ad dipaksa pulak kahwin dengan seorang perempuan, Afina yang sangat sempoi biasa-biasa je oleh mak dye, Puan sri. 

bermula kisah mereka kahwin tapi dengan bersebab. terjadi tragedi demi tragedi dalam kehidupan mereka. mereka tidak seperti suami isteri lain. adakah disebabkan oleh title adrian itu adalah playboy? 

Setelah berbagai dugaan yang timbul mereka kembali berkasih antara satu sama lain. tetapi kuingat cerah terik matahari hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. kehadiran dan kepulangan adik kembar Afina disangka membawa kebahagian dalam keluarga mereka. Namun, lain pula yang jadi. 

Kalau nak bagi bintang. drpd 5 aku bagi 3/5. sebab ape? sebab ak rasa mcm dah biasa. jalan cerita yang lebih kurang sama antara cerita-cerita novel yang lain. tapi not bad la. sebab aku enjoy jugak cerita ni. 

Pengajaran yang patut semua dapat drpd novel ini ialah. 
#Jangan sesekali pandang rendah pada orang. 
#Walaupun seseorang tu buat silap di masa lalu, jangan kita ungkit lagi kesilapan dan keinsafan dia. 
#Jangan percaya orang 100%. Eh. 
#Hargai lah manusia yang berada di sekeliling kita. x rugi pon. 

So, sape yang belum baca silakanlah merajinkan diri untuk membaca novel ini. Enjoy!!!

#KK stand for kaki novel. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...