simple dimple doughnut

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh


terima kasih kepada master chef ak amirah shaari..beliau sentiasa menaikkan semangat ak untuk berada di dapur tung tang tung tang ketuk kuali memasak. wahhh macam ucapan anugerah pulak. haha. btw ari ni ak nk share resepi donut yg sangat simple. semua org boleh buat ok.


bahan-bahan

tepung gandum - 250g
mentega - 1 1/2 sudu besar
gula pasir - 3 sudu besar 
susu tepung (aku guna anlene ari tu wey) haha - 3 sudu besar 
yis - 1/2 peket 
garam - secukup rasa 



langkah2.

1) yis bancuh guna air suam lebih kurang 3/4 gelas dan biar berbuih pon x pe.
2) campur tepung gandum, mentega, garam, gula dan susu.
3) masukkan yis sedikit demi sedikit sampai habis.
4) uli sekuat dan selembut serta setenang yang mungkin sehingga menjadi doh yang gebu.
5) sambil-sambil tu kalau rasa doh melekat, tambah sedikit sedikit tepung sehingga doh cantik licin dan tidak melekat.
6) biarkan doh tersebut selama 30 minit bagi membenarkan yis tadi memainkan peranannya.
7) bentukkan doh kecil-kecil dan bentukkan menjadi bentuk donut sesuka hati korang.
8) biarkan sebentar dalam 5 minit untuk anda tarik nafas dan berada dlm keadaan tenang.
9) kemudian goreng di dalam kuali berminyak panas dan api sederhana sahaja.
10) last skali gaulkan donut dalam gula yg halus. hidang bersama tea o panas pon sedap!



ni rupanya sebelum di gaul dengan gula. 

kalau korang nak kurangkan penggunaan gula pon ok. x payah gaul mcm ak. manis sikit2 tetap ada =) lebihkan manis dalam senyuman. eh~ 

p/s : sorry wey gambar tunggang terbalik. lama x update blog pastu upload gmbr pon x reti da. haha (alasan malas nk ubah lettew). k selamat memasak semua =)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...