pujian

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

AWAS, pujian lelaki ada makna tersirat.

what happen, last week ada la ak terdengar seorang lelaki memuji seorang perempuan yang langsung not related to both. maksud ak pompuan tu bukan muhrim dye. laki tu pulak ala-ala orang asing je untuk mereka berdua. jadi, otak aku mula mencerna.

what is this. perlu ke nak puji someone not related to you macam tu skali. pujian tu berbunyi macam, eh, si B ni cantik jugak la bila tngok depan-depan. mesti ada kan orang suka dipuji mcm tu. but some people are not. mcm aku. 

ikhlas dari hati? entah. 

sebab tu ak mcm terfikir-fikir je. then, Allah nak tunjuk. ak belek2 majalah Mingguan Wanita BIL 1581 Bertarikh 7-13 March 2014, page 126 dalam slot Dunia Lelaki, bertajuk AWAS, pujian lelaki ada makna tersirat.

terdapat 7 jenis pujian lelaki.

1) Pujian Biasa - pujian yang paling selamat buat gadis-gadis. tidak keterlaluan bg lelaki itu untuk menarik perhatian gadis. contohnya "Cantiknya baju awak". 

2) Pujian Romantis - pujian seperti ni selalunya ditiru daripada laman-laman ungkapan cinta mahupun skrip drama romantis. digunakan untuk mencairkan hati gadis-gadis di luar sana. bakal membuatkan gadis-gadis terawang-awang di udaa. c0ntohnya "awak adalah gadis pertama yang paling cantik dan memikat hati saya". 

3) Pujian Nafsu - Pujian ini tercetus drpd nafsu si lelaki saat memerhatikan gadis tu. contohnya "Wah cntiknya awak hari ni. Kelihatan sgt hot". huhu percayalah waktu lelaki tu memuji anda si gadis, mereka sebenarnya telah menatap keseluruhan tubuh badan gadis berkenaan. 

4) Pujian tidak Bertapis - Pujian seperti ini dikaitkan dengan pujian berbentuk seksual terhadap fizikal seseorang gadis itu. 

5) Pujian Perangkap - pujian ini ada kaitan dengan pujian nafsu dan selalunya gadis akan dipuji dengan ayat-ayat manis. bila gadis dilihat sudah cair dengan pujian ayat-ayat manis, lama kelamaan timbul ayat berbaur perangkap. contoh pujian "Awak sgt cantik kalau tidak bertudung". Jika lelaki melemparkan pujian cenggini, dan mereka sedang berdua-duaan di tempat sunyi. tidak mustahil, perkara tidak baik akan berlaku antara mereka. Jadi, si gadis bertindaklah dengan bijaksana. 

6) Pujian jaga hati - Pujian ni x akan berlaku dengan sendirinya, kerana ia akan terjadi apabila menjawab pertanyaan si gadis, contohnya "Saya ni nampak macam dah gemuklah". kata si gadis. jadi, si lelaki akan membalas "Perasaan awak je tu, saya nampak biasa je". ni ala-ala jawapan kalau lelaki tu x nak layan la... haha

7) Pujian ikhlas - Pujian paling susah utk ditafsirkan kecuali lelaki tu sendiri yang tahu keikhlasannya tu. atau lelaki tu pon x tau ikhlas ke x kan. haha. ikhlas tu kan ibarat semut hitam di atas batu hitam di tengah malam yang gelap. pujian ini hanya boleh dilihat menerusi gerakan mata dan bibir si lelaki. tp susah la nak detect sbb lelaki yang betul-betul beriman, tidak mungkin mereka gemar memuji gadis lain selain isteri dan muhrim mereka. 

Jadi, peringatan untuk diri sendiri terutamanya dan semua, jangan terlalu mempercayai setiap pujian yang dilemparkan oleh seseorang lelaki. 



#Moga Bermanfaat. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...