Ada apa atas siling rumah?

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

ceritanya semalam, aku yg tengah sedap melayan mimpi sampai ke bulan, tanjat ttiba ada orang ketuk pintu bilik aku. dan aku pon dgn tanjat2 tu terus tersedar (mimpi terus hilang), bukak pintu bilik. Housemate ak dengan muka cuaknya bgtau aku,

"ada binatang wey atas rumah ni". (Jam 4.30 pagi wey!!) agak2 ko ape perasaan ko masa tu. 

terus lup dup lup dup jantung ak kencang berdetak. hoi dalam hati ni adakah encik ssssss....

sekarang kan tengah kecoh encikk sss dok cari perlindungan drpd cuaca yang panas di luar. nauzubillahiminzalik. moga dijauhkan.. 

tetiba binatang yang kawan ak ckp tu muncul ke ruang tamu, 

(sumber:google)

disebabkan kami berdua memang x kenal dengan binatang ni pada mulanya, kami terkedu, musang tu pandang ak pandang housemate aku, kami pon pandang dia. ttiba binatang ni lari ke dapur, cari jalan keluar agaknya. 

kemudian terus hilang dari radar. actually la kan, housemate ak ni memang dah lama dengar bunyi binatang ni jalan-jalan kat atas siling rumah, mungkin lama dah dia dok menetap di situ dan turun sekali sekala untuk cari makan. 

esoknya pakat surf la dalam tenet cari ape benda sebenarnya binatang tu, ghopenya musang. bukan musang berjanggut cite p ramlee tu.  

sbb cuak pg semalam tu, x teringat pon nak ambik henfon n snap picture penghuni rumah aku ni. 

actually, before ni ingatkan tikus bersarang kat atas tu, rupanya musang. skrg ni pon ak masih rasa dia ada kat atas tu. dok senyap2 ye, jangan takutkan kami kat bawah ni. k bai. gudnite. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...